Sungai :)
1st of all , this is my bangsa . .actually ne bangsa sebelah bapa laa . . sebelah mama nanti oke :D . .oke lets start .
Orang Sungai merupakan
salah satu dari suku kaum asli di Sabah. Mereka kini
digolongkan ke dalam kelompok suku kaum Kadazan-Dusun disebabkan
mereka berkongsi adat resam dan bahasa yang hampir serupa. Orang Sungai
kebanyakannya menetap di daerah Kinabatangan, Beluran, dan Kota Marudu, iaitu
di kawasan Sukau, Bukit Garam, Tongod, Pinangah,Telupid,
Sapi-Nangoh, Pamol, Paitan, dan Pitas. Selain itu, orang
Sungai juga terdapat di Ranau, Lahad Datu, dan Sandakan. Terdapat pelbagai pecahan suku bagi
bangsa Sungai itu sendiri, di mana bahasa-bahasanya juga berbeza mengikut
daerah masing-masing. Kebanyakan Orang Sungai menganut agama Islam, tetapi
terdapat sebahagian daripada mereka yang beragama Kristian dan animisme (tiada
agama), khususnya di Tongod, Pinangah, Lahad Datu, dan Paitan.
Menurut
banci yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Sabah pada tahun 2000 (Banci
Penduduk dan Perumahan Tahun 2000), jumlah penduduk di Kinabatangan adalah
seramai 86,783 orang (50,394 lelaki dan 36,389 wanita). Suku kaum yang terbesar
di daerah ini ialah suku kaum Sungai (satu istilah yang diberikan kepada
penduduk yang tinggal berhampiran sungai Kinabatangan yang terdiri daripada
kelompok Idahan, Minokok, Mangkaak, Makiang, Rumanau, Sinabu dan Pingas).
Selain itu, terdapat juga suku kaum lain seperti Tidong, Suluk, Kagayan dan
Bugis (suku kaum yang berasal dari negara jiran seperti Indonesia dan
Filipina).
Suku
kaum Orang Sungai ini merupakan Pribumi Sabah yang ramai terdapat di Pantai
Timur Sabah. Tetapi banyak orang tidak mengetahuinya kerana kurangnya pendedahan
di media cetak/internet. Orang Sungai ini merupakan satu suku/etnik yang paling
banyak didapati di kawasan Sandakan, Beluran, Paitan, Kinabatangan (Bukit
Garam, Sukau, Suan Lamba, Bilit, hingga ke Paris Satu), Kuamut, Segaliud, Ranau
(Sugut), Labuk (Telupid), Segama & Sepagaya (Lahad Datu), Madai, Tongod dan
juga terdapat di Pitas dan Beaufort (banyak di Kg. Bambangan) Suku kaum Orang
Sungai ini terbahagi kepada beberapa sub-etnik iaitu dinilai melalui penggunaan
bahasa sukuan/linguistik..
i) Orang-Orang
Sungai di kawasan Beluran,Ranau (Sugut), Paitan, Labuk (Telupid), Pitas dan
Beaufort mempunyai bahasa sukuan yang SAMA kerana menggunakan dialek Paitanik.
Cth ayat :
- Ombo
kiat mu yuk ? ( Kamu dari mana yuk )
ii)
Manakala Suku Orang Sungai di kawasan Segaliud, Bukit Garam, Kuamut, Segama dan
bahagian Tongod mempunyai bahasa sukuan atau dialek yg cuma sedikit berbeza
dengan bahasa Suku Orang Sungai yg saya sebutkan di atas (no.i). Orang Sungai
di kawasan ini mempunyai pengaruh bahasa Dusun yg ketara. Cth ayat :
- Tokouw
tu tulun Sungai (Kita ini Orang Sungai ) - lihat " tulun" yg juga
bermaksud Orang dlm bahasa Dusun, tapi dlm dialek Paitanik Orang diucap sebagai
"lobu"..
iii)
Suku Orang Sungai di kawasan Sukau pula mempunyai pengaruh dialek
"Idahan" seperti Orang Sungai di kg2 persekitaran Gua Madai dan Kg.
Sepagaya di Lahad Datu. cth ayat :
- Mbah
suruu kau (Pergi mana kau )..
Dari
segi sosial, Orang-orang Sungai juga mempunyai perkembangan sosial yg boleh
dibanggakan. Tarian Orang Sungai seperti Titikas, Berunsai dan Tarian Gabang
juga sering di persembahkan di majlis-majlis rasmi di Sabah. Hubungan Orang
Sungai dengan kaum-kaum pribumi Sabah yg lain juga adalah amat baik sejak zaman
berzaman.
Begitu
juga dari segi ekonomi. Jika kita lihat pada masa sekarang ramai Orang-orang
Sungai yang sudah mempunyai tahap ekonomi yang baik, walaupun ada sebilangannya
yang masih di paras kemiskinan seperti di Paitan, Sugut dan Kuamut. Sejak zaman
British lagi suda banyak Orang-orang Sungai yang aktif dalam kegiatan ekonomi
contohnya seperti Almarhum Pangiran Galpam yang terkenal sebagai antara peniaga
sarang burung terkemuka Sabah di Gua Gomantong. Orang Sungai juga masih
mewarisi perniagaan sarang burung di Gua Madai. Sekarang , masih terdapat ramai
Orang Sungai yang mempunyai ladang sawit/perladangan yang berdaya maju dan
tidak kurang yang menjadi konglomerat perniagaan Sabah.