Sunday, April 7, 2013

Etnik di Sabah : Dusun (bangsa saya) Part II




oke hari ne miko maw bagi penerangan sikit laa pasal bangsa mama miko nee . .hihi . . sbnarnya miko lebih fasih berbahasa dusun ne berbanding dengan bahasa sungai (bngsa bapa miko) sebabnya miko biasa dibesarkan dengan sepupu2 dari kota marudu berbanding dengan Beaufort :) hihi . .tp xpa , hampir sama jugaa bahasa yang digunakan tuh kan :) oke let's start :D

Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Kaum etnik Kadazan-Dusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.
Pada mulanya Tun Fuad Stephens, Huguan Siou (Pemimpin Agung) pertama Kadazan, mencadangkan istilah Kadazan digunakan bagi menyatukan 14 suku kaum yang berkongsi kumpulan bahasa bagi memberikan mereka suara yang lebih besar. Ini dipersetujui oleh ramai, tetapi sesetengah orang Dusun mahukan atonomi lebih besar, dengan itu istilah Kadazan-Dusun dipilih sebagai tolak-ansur.
Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.
Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal (mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Kebanyakan orang Kadazan-Dusun menganuti agama Kristian. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan (Tongod) dan Paitan, Orang Sungai beragama Islam dan Kristian. Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud (Tempasuk). Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental.
Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik. Lagipun, perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu berbeza dan kasar.Beza antara bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia.

besides , kaum ini kononnya berasal dari tanah besar china , orang mongol . tp berhijrah ke tanah sabah suatu masa dahulu ~

THE END 

Ketika Cinta Bertasbih :)

Alhamdulillah , sy sudahpun bertemu seseorang yg selama ini sy tunggu :) seorang lelaki yg boleh membawa diri ini ke Jalan Allah :) Alhamdulillah . . terima kasihh sebab sudi bimbing sy. . In Shaa Allah , sy akan berubah perlahan2 menjadi wanita yg baik di mata Allah ya akhi :)

Teruskan perjuanganmu sebagai seorang penghafaz al-Quran , jadi lelaki yg berguna n bertakwa kepada Allah . . sy akan sentiasa doakan kamu :) kita tunggu masa yang sesuai ya akhi . . masa yg terdekat ~

terima kasih kerana memilih sy menjadi pendamping hidup . . skarang kita hanya perlu bersabar n mnunggu masanya oke :)

terima kasih kerana memberi tasbih yang telah lama akhi guna selama 8 tahun . sy akan guna dengan sebaik-baiknya :)

"oh Tuhan seandainya kau telah catatkan dia milikku , tercipta untuk diriku . satukanlah hatinya dengan hatiku, titipkanlah kebahagiaan :) "


To be continue . . .